Daging lembu organik adalah daging segar dari ladang yang dijamin bersih, halal dan selamat untuk dimakan. Lembu-lembu tersebut diternak dalam kawasan yang luas dengan sistem pemakanan yang terkawal.
Pemakanan lembu organik amat dititikberatkan, ini kerana pemakanan lembu organik akan mempengaruhi kualiti daging dan kandungan nutrisi dalam daging lembu tersebut.
Bahan makanan lembu organik
- Foraj – rumput segar dan herba
- Bijirin – gandum, jagung dan sekoi
- Bahan protein soya
- Bahan sisa pertanian – sisa kelapa sawit, padi, jagung manis, rumbia, pisang, nenas
- Gula merah
- Garam mineral
Pemakanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi seperti di atas akan menghasilkan daging yang berkualiti, enak dan berkhasiat. Proses sembelihan mengikut syarak adalah diamalkan bagi menjamin daging yang halal dimakan oleh seluruh umat Islam.
Berat bersih 1 kampit adalah 1.3kg.
#maklumat tentang produk dipastikan benar berpandukan katalog HPA
No comments:
Post a Comment