Daging kambing organik adalah daging segar dari ladang yang dijamin bersih, halal dan selamat untuk dimakan. Kambing-kambing diternak dalam kawasan yang luas dengan sistem pemakanan yang terkawal.
Pemakanan kambing organik amat dititikberatkan. Ini kerana pemakanan kambing organik akan mempengaruhi kualiti daging dan kandungan nutrisi di dalam daging kambing tersebut.
Bahan makanan kambing organik
- Foraj – rumput segar dan herba
- Bijirin – gandum, jagung, sekoi dan bahan protein soya.
- Bahan sisa pertanian seperti sisa kelapa sawit, padi, jagung manis, rumbia, pisang dan nenas.
- Gula merah
- Garam mineral
Pemakanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi seperti di atas akan menghasilkan daging yang berkualiti, enak dan berkhasiat. Proses sembelihan mengikut syarak diamalkan bagi menjamin daging tersebut halal dimakan oleh seluruh umat Islam.
Berat bersih 1 kampit adalah 700g.
#maklumat tentang produk dipastikan benar berpandukan katalog HPA
No comments:
Post a Comment