Set Bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak.
Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:
- Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
- Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
- Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
- Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
- Menghilangkan sakit batu meriyan.
- Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
- Membantu dalam melawaskan pembuangan air besar.
- Mengatasi masalah bayi yang kembung perut, senak dan lain-lain.
Set Bersalin Mengandungi:
Minyak Barut (4 unit)
- Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin.
- Sapukan pada seluruh tubuh terutamanya di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (2 unit)
- Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam.
- Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit)
- Minuman yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjt x 12 hari)
- Rebus 1 bungkus bersama 600ml air dengan api yang perlahan hingga mendidih. Minum 1 cawan teh 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.
- Satu bungkus boleh di minum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A&B
- Di ambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan 1 kapsul A dan 1 kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan luar)
- Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 1 minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
Spirulina
- Di gunakan untuk menhindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan.
- Selain itu spirulina juga sebagai pemberi tenaga.
- Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.
#maklumat tentang produk dipastikan benar berpandukan katalog HPA
No comments:
Post a Comment