Nama saintifik Tongkat Ali adalah Eurycoma Longifolia. Tongkat ali adalah dari keluarga Simaroubaceae didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang.
Dalam keadaan semulajadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral�, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.
Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.
Produk HPA yang menggunakan tongkat ali adalah kopi radix, minuman bijirin radix, radix cookies dan radix kapsul.
Rujukan: http://agromedia.mardi.my/herba1
No comments:
Post a Comment