Air mineral HPA merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia.
Air penawar semulajadi ini dapat membantu:
- Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh.
- Meningkatkan stamina tubuh.
- Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen.
- Membina dan menguatkan tulang dan gigi.
- Meningkatkan haemoglobin dalam sel darah merah.
- Membersihkan serta melancarkan sistem penghadaman.
- Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh.
Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Mineral HPA ini ialah:
Kalsium
Kalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia sangat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan darah dan pengecutan otot. Kalsium turut meningkatkan pH di dalam tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan sistem imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bakteria. Medium alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bakteria.
Magnesium
Tubuh memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan kehadiran kalsium. Kalsium tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran magnesium. Pengambilan kalsium bersama dengan jumlah magnesium yang sesuai membantu menurunkan badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.
Satu botol kecil mengandungi 600 ml.
Satu botol sederhana mengandungi 1.5 l.
Satu botol besar mengandungi 5.5 l.
#maklumat tentang produk dipastikan benar berpandukan katalog HPA
No comments:
Post a Comment